Perkumuhan

Perkumuhan

  1. Perkumuhan adalah satu proses penyingkiran bahan – bahan yang tidak berguna atau berlebihan daripada badan
  2. Contoh bahan buangan ialah urea, karbon dioksida, garam mineral yang berlebihan dan air yang berlebihan
  3. Organ perkumuhan adalah organ yang menyingkirkan bahan perkumuhan daripada badan
  4. Organ – organ perkumuhan ialah kulit, peparu dan ginjal
  5. Organ perkumuhan yang paling besar di dalam badan kita ialah kulit.
  6. Bahan perkumuhan di bawa dalam darah (melalui kapilari) dari kulit dan peparu untuk disingkirkan
  7. Bahan – bahan perkumuhan perlu dibuang dari badan kerana jika ia terkumpul dalam badan kita ia akan menjadi racun (toksin) dan berbahaya terhadap kesihatan kita

Kulit:

  1. Cara berkumuh : dalam bentuk peluh
  2. Bahan perkumuhan : air, garam mineral dan urea
  3. Kelenjar peluh menyerap bahan kumuh iaitu air, garam mineral dan urea dari kapilari darah yang terdapat disekelilingnya
  4. Peluh dikeluarkan dari liang peluh ke permukaan kulit

Peparu:



  1. Cara berkumuh : menghembus nafas
  2. Bahan perkumuhan : karbon dioksida dan wap air
  3. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam alveolus dan disingkirkan dari peparu ketika menghembus nafas
  4. Air disingkirkan dari peparu dalam bentuk wap air ketika menghembus nafas

Ginjal:

  1. Cara berkumuh : Mengeluarkan air kencing
  2. Bahan Perkumuhan : Air, garam mineral dan urea
  3. Merupakan organ perkumuhan yang paling penting kerana banyak bahan yang disingkirkan melalui organ ini dalam kuantiti yang banyak
  4. Bahan kumuh dibawa melalui darah ke ginjal. Kemudian ia akan disingkirkan dalam bentuk air kencing

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ginjal


Ginjal

  1. Ginjal terletak di sebelah kanan dan kiri tulang belakang dalam rongga abdomen
  2. Ginjal berbentuk kacang
  3. Fungsi ginjal ialah:
    1. menapis dan menyingkirkan urea, garam mineral dan air berlebihan daripada badan
    2. mengawal kepekatan darah
    3. mengekalkan keseimbangan kandungan air dalam badan
  1. Jika ginjal tidak berfungsi ia boleh menyebabkan keadaan berikut:
    1. bahan buangan akan terkumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan koma atau kematian.

  1. Pesakit yang mempunyai masalah ginjal perlu dirawat melalui dialisis
  2. Mesin dialisis berfungsi sebagai ginjal tiruan. Ia membantu menyingkirkan urea dan garam mineral berlebihan
  1. Pesakit hendaklah menggunakan mesin dialisis tiga atau empat kali seminggu, selama beberapa jam
  2. Ginjal akan berfungsi dengan baik jika kita
    1. minum air bersih yang banyak
    2. jauhkan diri daripada minuman keras
    3. kurang minum minuman bergas
    4. kurangkan pengambilan makanan manis

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sains dan Fenomena Alam

  1. Sains ialah susunan ilmu pengetahuan tentang alam sekitar
  2. Teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains untuk keperluan manusia
  3. Fenomena alam adalah kejadian - kejadian yang berlaku dalam semula jadi
  4. Contoh fenomena alam ialah
    • Kejadian pelangi
    • Pertumbuhan manusia dari peringkat bayi ke peringkat dewasa
    • Bola jatuh ke lantai kerana disebabkan tarikan graviti
    • Kejadian gerhana

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS